Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 13 Mei 2015

Projek Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai Fasa 3 sedang giat dijalankan


Kerja-kerja meratakan tanah untuk laluan lebuh raya sedang giat dijalankan.
PASIR MAS: Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai Fasa 3 oleh Kerajaan Negeri Kelantan sedang giat dijalankan dengan membabitkan laluan sejauh 10 kilometer (km) dari Bukit Bakar ke Kampung Berangan Mek Nab di Machang.

Pengerusi Jawatankuasa Infranstruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan, Datuk Hanifa Ahmad berkata, kerja-kerja untuk meratakan tanah yang membabitkan laluan sejauah 4.3 km telah siap sepenuhnya.

Menurutnya, kerja-kerja meratakan tanah untuk jarak selebihnya sedang dijalankan oleh pihak pemaju dan beliau berharap kerja-kerja pembinaan lebuh raya berkenaan dapat berjalan dengan lancar.

“..ini adalah usaha kita bagi merialisasikan hasrat rakyat negeri ini untuk memiliki sebuah lebuh raya seperti di negeri-negeri lain” katanya, ketika ditemui pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Liga Dun Pengkalan Pasir 2014 di Stadium Mini Pasir Mas. 

Projek fasa tiga ini melibatkan laluan sejauh 30.5 km dari Bukit Bakar, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai dan akan bersambung dengan Lebuh Raya Kuala Krai - Gua Musang. 

Sumber: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan | 10 Mei 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan