Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 16 Oktober 2016

Banyak jabatan kerajaan di Kelantan tidak aktifkan ERT- Pengarah Bomba Kelantan

KOTA BHARU: Pihak jabatan sama ada di sektor awam persekutuan atau negeri disaran mempertingkat atau mengaktifkan kembali Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) masing-masing dalam menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja mereka.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamt (JBPM) Kelantan Azmi Othman berkata kebanyakan jabatan ini mempunyai pasukan ERT masing-masing tetapi kurang aktif sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat pendedahan berhubung teknik terbaharu menangani insiden kebakaran di tempat kerja.

"Daripada lebih 100 jabatan kerajaan persekutuan dan negeri di Kelantan, hanya lima peratus sahaja yang dikesan aktif dalam ERT manakala selebihnya tidak peka dengan perkara ini.

"Mereka sepatutnya lebih peka dengan segala kemungkinan kebakaran kerana sekiranya lambat bertindak, segala aset atau dokumen penting kerajaan boleh musnah," katanya kepada pemberita selepas perasmian Latihan Pemantapan ERT di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong di sini, hari ini.

Pada latihan pertama kali dilakukan itu, 19 pasukan dari pelbagai jabatan diuji ketangkasan mereka dalam mengendalikan kebakaran di pejabat masing-masing.

Azmi berkata sektor swasta mempunyai lebih kesedaran untuk mewujudkan pasukan ERT dengan 39 pasukan ditubuhkan membabitkan 310 anggota.

Beliau berkata selain bertindak sebagai pencegah awal kebakaran, pasukan ERT juga boleh berfungsi untuk membantu mangsa banjir.

Sumber: Bernama | 16 Oktober 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan