KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akan memperkemaskan perkhidmatannya untuk kemudahan rakyat khususnya di daerah ini.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Zamri Ismail berkata, sebanyak enam perkhidmatan di bawah majlis terebut akan dinaiktaraf selari dengan perkembangan pesat di Kota Bharu.
Jelas beliau, pihaknya akan meningkatkan sistem perparitan, mengemaskini kelicinan aliran trafik dalam bandar, sistem percukaian, tingkatkan lokasi pelancongan dan penggunaan tanah.
“Untuk permulaan kita menyediakan peruntukan kira-kira RM750,000 setahun bagi menaiktaraf sistem perparitan terutama di lokasi padat penduduk seperti kawasan bandar, Jalan Bayam, Berek 12 dan Kubang Kerian,” katanya di sini baru-baru ini.
Sementara itu katanya, MPKB-BRI berjaya memungut RM25 juta hasil kutipan cukai pintu melibatkan 70,000 premis.
Dalam pada itu, katanya, MPKB-BRI akan mengkaji semula beberapa aspek perundangan Islam untuk tujuan membudayakan cara hidup Islam di daerah ini.
Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 24 Oktober 2016 | Terbitan 25 Oktober 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan