Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 1 Oktober 2016

MAIK laksana 25 projek

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bakal menggunakan peruntukan wang ihsan sebanyak RM20.3 juta yang disalurkan kerajaan Pusat pada tahun ini untuk melaksanakan projek pendidikan, pembangunan in­san dan kemudahan infrastruktur.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr. Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi (gambar) berkata, peruntukan tersebut merangkumi RM8.4 juta untuk melaksanakan 25 projek berkaitan pendidikan, projek kemudahan infrastruktur (RM7 juta) dan pelbagai program pembangunan insan (RM870,000).

Katanya, baki RM4 juta akan digunakan untuk pengurusan serta hal-hal berkaitan kecemasan dan sebagainya.

“Kita telah menerima peruntukan awal sebanyak RM10 juta sejak awal tahun dan bakinya akan diserahkan dalam tempoh terdekat oleh kerajaan Pusat. Sekarang projek yang dilaksanakan sedang rancak berjalan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Pelaksanaan Projek Dana Wang Ihsan ne­geri Kelantan oleh Maik di salah sebuah hotel di sini semalam.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan me­rangkap Yang Dipertua Maik, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra.

Mac lalu, kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewa­ng­an dan Maik telah meme­terai perjanjian bagi melan­tik majlis tersebut sebagai agensi pelaksana program wang ihsan negeri Kelantan.

Melalui perjanjian tersebut, Maik akan berkongsi dana sebanyak 50-50 dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi melaksanakan program wang ihsan dengan had siling RM25 juta setahun.

Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 30 Sept. 2016 | Terbitan 1 Okt. 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan