Ibrahim (dua,kiri) menunjukkan heroin yang berjaya dirampas dalam serbuan di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang. |
PASIR MAS: Polis merampas heroin bernilai RM40,000 serta menahan seorang peraih ikan di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang di sini pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, serbuan jam 1.30 pagi tersebut dilakukan hasil daripada maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
"Hasil soal siasat yang dilakukan ke atas suspek yang berusia 28 tahun itu membawa kepada penemuan 20 botol heroin yang diletakkan di dalam sebuah kotak berhampiran kebun pisang di hadapan rumahnya," katanya.
Menurutnya, kebun pisang tersebut terletak kira-kira 10 meter dari rumah suspek. Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ibrahim berkata, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 2 Okt. 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan