Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 21 Mei 2015

RMK11: Kenyataan Rasmi Dato' Seri Mustapa Mohamed

Dato' Seri Mustapa Mohamed
YAB Perdana Menteri tengah hari tadi telah membentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat. Antara pengumumannya ialah Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, dan projek tebatan banjir.

2. Projek pembangunan ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat Kelantan sama ada yang menetap di dalam negeri atau yang bermastautin di luar. Pembinaan lebuh raya tersebut amat-amat dinantikan, manakala pembesaran lapangan terbang sedia ada amat bertepatan kerana lapangan terbang sekarang sudah tidak dapat menampung permintaan semasa. Kedua-dua projek ini bukan sahaja menjanjikan kemudahan yang selesa buat penduduk tetapi juga akan dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri.

3. Projek tebatan banjir pula akan dapat membantu mengurangkan kerugian yang dialami oleh penduduk dan kerajaan pada setiap tahun.

4. Cadangan pembangunan ini membuktikan keprihatinan YAB Perdana Menteri terhadap negeri Kelantan, terima kasih di atas cadangan pembangunan yang amat bermakna ini.

5. RMK11 yang dibentangan oleh YAB Perdana Menteri adalah inklusif dan negeri Kelantan turut diberi perhatian. Semoga tuduhan Kerajaan Pusat zalim akan berkurangan dan Kerajaan Negeri akan menghargai sumbangan Kerajaan Pusat ini.

DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED
Pengerusi,
Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan

Tarikh: 21 Mei 2015

1 ulasan:

  1. Sepatutnya ayat terakhir dato' pa macam ni - "Semoga kezaliman kerajaan pusat terhadap kelantan akan berkurangan dan ... "

    BalasPadam