Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 9 Oktober 2016

KPDNKK Kelantan pantau dakwaan kenaikan harga minyak masak

TANAH MERAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan akan memantau harga minyak masak terutama di kawasan pedalaman berikutan ada dakwaan peniaga menaikkan harganya.

Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata pihaknya mendapat aduan daripada pengguna terdapat peniaga yang menaikkan harga barang kawalan itu kepada RM2.80 sekilo berbanding harga yang ditetapkan kerajaan iaitu RM2.50 sekilo.

"Sebelum ini kami telah memberi amaran kepada peniaga berkaitan perkara itu tetapi masih ada lagi yang berdegil dengan menaikan harganya dengan alasan mereka berniaga di kawasan pedalaman dan sukar mendapat bekalan," katanya.

Beliau berkata demikian pemberita pada Majlis Perasmian Kilang Pembungkusan Minyak Masak Menara One Plantation di Kompleks Niaga Tok Wan Mat, Bukit Bunga, di sini hari Ahad.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata peniaga tidak dilarang mengambil keuntungan, namun pada masa sama perlu menjaga kepentingan pengguna.

Sumber: Bernama | 09 Okt. 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan