KOTA BHARU: Biarpun usia sudah 'lebih', namun itu sama sekali tidak menghalang Nik Mohd. Nazrul Nik Rashid, 31, untuk menduduki semula ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), hari ini.
Bapa kepada empat anak itu tetap gigih menduduki ujian itu walaupun pernah gagal sebelum ini demi mengejar impian mendapatkan jawatan tetap sebagai pemandu di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Nik Mohd. Nazrul menegaskan, sekiranya tidak lulus untuk kali kedua ini, dia akan menduduki semula ujian tersebut kerana impiannya itu tidak pernah padam.
“Jawatan saya sekarang adalah kontrak dan saya perlu menduduki PT3 untuk membaiki sijil saya bagi membolehkan memohon ke jawatan tetap.
"Saya tidak akan berputus asa, malah akan terus berusaha sehingga berjaya mendapat sijil berkenaan memandangkan saya benar-benar menginginkan jawatan tetap itu untuk menjamin masa depan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui selepas menduduki kertas Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Gafar di sini, hari ini.
Nik Mohd. Nazrul berkata, dia hanya mengikuti kelas tuisyen untuk menghadapi PT3 ketika ada kelapangan kerana kesibukan kerja.
"Saya juga mengulangkaji sendiri di rumah dengan bantuan jiran yang juga pelajar tingkatan 3. Dia banyak membantu dengan berkongsi soalan-soalan untuk rujukan," katanya.
Seorang lagi calon, Noor Nabilah Zulkipli, 15, berkata, dia tiba di sekolah seawal pukul 7 pagi untuk menghadapi PT3 hari ini.
"Meskipun baru sahaja kehilangan ayah pada 1 September lalu akibat asma, itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai keputusan yang cemerlang.
"Untuk menghadapi PT3 saya banyak mengulangkaji di rumah selain memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar di dalam kelas.
"Selain itu, saya juga mengamalkan solat hajat setiap malam dan ini adalah usaha saya untuk mencapai keputusan semua A bagi menyambung pelajaran dalam aliran sains," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 10 Okt. 2016 | 11 Okt. 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan