Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 16 Oktober 2016

Kampung Tok Ajam bakal jadi pusat pengeluar akuakultur terbesar di Kelantan

Mohd Zain (duduk) melepas benih udang galah di Sungai Tok Ajam sempena Program myDOF Media Tour di Pusat Operasi SUPER kampung itu. 
PASIR PUTEH: Kampung Tok Ajam di sini bakal menjadi pusat pengeluar udang galah dan pelbagai spesis ikan sungai terbesar di Kelantan. 

Bagi tujuan itu, Jabatan Perikanan Kelantan, memberi perhatian khas di kawasan Sungai Tok Ajam di kampung itu dengan melepaskan benih udang galah dan pelbagai spesis ikan sungai sejak beberapa tahun lalu. 

Pengarahnya, Mohd Zain Saad berkata, sepanjang tahun lalu saja sebanyak 150,000 benih udang galah dan ikan dilepaskan di sungai berkenaan. 

"Sehingga Oktober tahun ini, Jabatan Perikanan sudah melakukan sebanyak tiga kali program pelepasan membabitkan 30,000 benih udang galah, ikan baung sebanyak 40,000 dan ikan lampam sebanyak 70,000," katanya ditemui pada Program myDOF Media Tour di Pusat Operasi Sukarelawan Perikanan (SUPER) di Kampung Tok Ajam, di sini, sebentar tadi. 

Mohd Zain berkata, pihaknya turut membantu nelayan di kawasan berkenaan dengan membangunkan pelbagai produk berkaitan termasuk ikan pekasam. 

"Selain bergantung kepada hasil sungai, kami juga mempunyai perancangan membantu nelayan di kampung ini sebagai langkah meningkatkan taraf ekonomi mereka. 

"Kami akan sentiasa bekerjasama dengan ahli SUPER merancang pelbagai projek meningkatkan ekonomi misalnya mengadakan bengkel produk atau pusat membekalkan pukat kepada orang ramai, di samping membantu memasarkan produk pengeluaran mereka nelayan di sini," katanya.

Sumber: Berita Harian | Wilayah Timur | 12 Oktober 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan