![]()  | 
| Gambar hiasan: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) | 
Panglima 8 Briged Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki 
Hamzah berkata, sepanjang minggu pertama tahun ini sebanyak tiga kes 
kemasukan PATI melalui pangkalan haram itu berjaya dikesan.
Beliau berkata, biarpun telah mengenal pasti laluan utama itu, 
pihaknya sentiasa berwaspada kerana penyeludup amat licik dan sentiasa 
menukar modus operandi mereka.
"Berdasarkan kepada intipan dan tangkapan yang dibuat, kita mengesan 
pangkalan haram tersebut adalah laluan pilihan PATI untuk masuk ke 
negara ini.
"Untuk itu kita akan meningkatkan kawalan di kawasan berkenaan bagi 
mengawal kemasukan PATI serta menangani segala aktiviti penyeludupan di 
beberapa pangkalan lain," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan dan Penyampaian 
Kunci Rumah Veteran di Kampung Bendang Jambu, Telekong di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.
Pada majlis tersebut, Mohamad Zaki menyerahkan kunci rumah kepada 
seorang bekas tentera, Muhammad Mat Yunus, 59, yang dipilih berdasarkan 
taraf ekonomi anggota terbabit.
Pemberian rumah kepada pesara tentera berkenaan bagi mengenang jasa 
serta pengorbanan mereka selain keprihatinan kerajaan terhadap golongan 
kurang berkemampuan.
Mohamad Zaki dalam pada itu berkata, urusan keluar masuk ke negara 
jiran melalui pintu sempadan masih terkawal biarpun selatan Thailand 
berada dalam keadaan tidak menentu. 
"Buat masa ini orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika 
keluar masuk di sempadan Malaysia-Thailand dan mereka dinasihat 
mengunakan laluan yang ditetapkan.
"Kita sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan pasukan keselamatan 
di negara jiran agar tiada penjenayah atau pemberontak lolos masuk ke 
Malaysia" katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga sentiasa berada dalam 
keadaan bersiap sedia bagi menghadapi gelombang kedua banjir di negeri 
ini yang mungkin berlaku bila-bila masa.
"Segala keperluan seperti bot serta bekalan makanan telah disediakan 
dan kita tidak mempunyai masalah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Ketika ini kita akan terus menempatkan anggota di beberapa kawasan 
yang dijangka dilanda banjir seperti Tumpat, Rantau Panjang, Pasir Mas 
dan Kuala Krai," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 6 Januari 2014 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan