KOTA BHARU: Sekalipun terdapat pasar malam di lokasi antara Kubang
Pasu dengan Buluh Kubu tetapi para pengunjung pada waktu malam kini
sudah tertumpu di kawasan Wakaf Che Yeh dan Bandar Baharu Kubang Kerian.
Lebih dua dekad yang lalu di persekitaran tersebut terdapat warung-warung kawasan fFat Buluh Kubu dan suasana di luar Pasar Besar Siti Khadijah namun kini sudah dilihat lengang dan tiada aktiviti perniagaan yang menyajikan makanan tempatan di situ pada waktu malam.
``Sebut sahaja Pasar Malam Padang Bas atau Warung Buluh Kubu sudah terbayang hidangan (kopi o) panas yang sinonim dengan selera pengunjung yang lebih selesa menikmati hidangan kuih muih yang antaranya terkenal juadah, akok, nasi tumpang, netbat dan pelbagai jenis nasi,’’ kata Yusuf Zakaria, 60, yang membuka warung di kawasan Flat Buluh Kubu.
Yusuf berkata, kini perniagaannya hampir lumpuh kerana kawasan persekitaran Buluh Kubu bila malam menjelang tiba suasana bertambah lengang berikutan munculnya bandar baharu di lokasi Wakaf Che Yeh dan Kubang Kerian.
Suasana Wakaf Che Yeh yang popular dengan perkembangan perniagaan yang pesat yang sesetengah barangan mempunyai rangkaian di seluruh negara. Premis penginapan empat bintang seperti Holiday Villa dan sedang dibangunkan dua atau tiga buah hotel bertaraf empat bintang yang akan menyaksikan Wakaf Che Yeh bertukar wajah.

Mohd. Shaufi Ahmad merupakan anak tempatan yang kini diberi tugas
menerajui Hotel Holiday Villa Kelantan Wakaf Che Yeh melahirkan perasaan
bangga kerana lokasi Wakaf Che Yeh yang mana Holiday Villa beroperasi
sejak beberapa tahun yang lalu menerima ramai kedatangan pelancong dari
luar dan dalam negeri.
``Kita tidak menafikan kemungkinan hotel-hotel mewah akan muncul lagi selain Holiday Villa di kawasan ini yang sangat berpotensi dalam industri makanan dan pelancongan kerana adanya di persekitaran pasar menjual makanan dan barangan pertanian yang dihasilkan oleh penduduk tempatan termasuk ikan segar,’’ katanya yang berpengalaman luas di bidang pengurusan hotel.
Bagi jurugambar komersial, Hisham Osman,40, menaruh keyakinan bandar-bandar baharu Kubang Kerian dan Wakaf Che Yeh akan terus berkembang berikutan para pelawat mahukan fenomena yang santai dan suasana perniagaan yang bertaraf antarabangsa.
``Saya kagum dengan perkembangan perniagaan yang sangat maju di lokasi Wakaf Che Yeh yang juga merupakan bandar baharu yang menarik minat orang ramai ke destinasi itu kerana terdapatnya gedung-gedung perniagaan makanan dan hotel mewah yang akan dibangunkan selain hotel Holiday Villa milik ahli perniagaan Bumiputra tempatan,’’ katanya yang berkelulusan dari Sekolah Chung Hwa, Kota Bharu dan fasih berbahasa Cina.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 6 Januari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan