![]()  | 
| Ahmad Yakob (depan) melawat tapak kebakaran yang memusnahkan premis perniagaan di Pekan Rantau Panjang, Kelantan, semalam. | 
RANTAU PANJANG: Kerajaan negeri akan 
menyumbangkan bantuan segera sebanyak RM148,000 melalui Tabung Bantuan 
Serambi Mekah bagi membantu 74 peniaga terlibat dalam kebakaran yang 
memusnahkan premis perniagaan mereka di Pekan Rantau Panjang, malam 
tadi.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya amat 
bersimpati dengan nasib yang menimpa peniaga terbabit yang mana didapati
 deretan kedai Blok B Zon Bebas cukai dan Bazar Mimi di pekan berkenaan 
hangus 100 peratus.
Menurutnya, kerajaan negeri akan membantu menyalurkan bantuan tidak 
melebihi RM 2,000 setiap seorang, bagi membantu meringankan beban 
mereka.
Kita masih mengumpul senarai nama peniaga yang terlibat dan kerugian
 dianggar lebih RM2 juta," katanya ketika ditemui selepas melawat 
peniaga di lokasi kejadian itu di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut memohon Yang Dipertua Majlis Daerah 
Rantau Panjang dapat memberi taklimat kepada peniaga, penyewa dan 
pemilik tanah mengenai keselamatan bangunan agar insiden sama tidak 
berulang di masa depan.
Beliau mendapati, tahap keselamatan perlu diperketat sama ada di peringkat pemilik tanah mahupun peniaga dan penyewa kedai.
Pendedahan keselamatan bersama pasukan Bomba dan Penyelamat perlu dijalankan demi kesejahteraan peniaga dan pengguna," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Kelantan | 7 Januari 2014 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan