Tertuduh (tunduk) dikawal ketat anggota dan pegawai polis ketika hadir ke mahkamah, semalam. |
KOTA BHARU: Setelah setahun diburu, seorang suspek paling dikehendaki
berhubung dua kejadian tetak dan simbah asid berasingan pada 2011 dan
2012 lalu, akhirnya dihadapkan ke mahkamah sesyen di sini, semalam.
Fino atau namanya sebenarnya Norfino Omar, 31, dituduh atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pemilik hotel di Sri Cemerlang dan seorang penjaga bot di Nilam Puri.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Pada prosiding itu, Hakim, Mohd Yusoff Yunus tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Keputusan dibuat selepas Mohd Yusoff berpuas hati dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin yang membantah permohonan jamin dibuat Peguam Latifah Ariffin dan Mohd Rafizi Abdullah.
Dalam hujahannya, Intan berkata, salah satu daripada kejadian tersebut berlaku pada tahun 2011 dan tertuduh hanya ditahan pada 19 Disember lalu.
“Saya mohon mahkamah mengambil kira kecederaan parah yang dialami kedua-dua mangsa. Jika dibenarkan jamin, dikhuatiri tertuduh juga akan mengganggu saksi-saksi pendakwaan.
“Tambahan pula tertuduh juga dipercayai terbabit dengan dua lagi laporan polis yang dibuat di Kota Bharu,” katanya.
Fino didakwa pada tuduhan pertama bersama seorang yang masih bebas menyebabkan kecederaan parah dengan parang ke atas Abdul Aziz Dollah, 49, di sebuah hotel di Jalan Sri Cemerlang di sini, antara jam 1.30 dan 3 petang, 19 Jun 2011.
Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan parang dan asid ke atas Mohd Khaidzir Hanafi, 32, di hadapan rumah tanpa nombor di Padang Purut, Nilam Puri, antara jam 12.30 malam dan 1 pagi 13 Februari tahun lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 6 Januari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan