Che Abdullah bersama isterinya, Datin Saleha Yaacob bergambar dengan penerima di Bangunan Purnama, Kampung Belukar. |
WAKAF BHARU: Seramai 20 tukang jahit menerima sumbangan mesin jahit
daripada kerajaan negeri bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.
Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mereka yang layak menerima bantuan dinilai daripada beberapa aspek dan dipilih dari kalangan mereka yang bergantung kepada mesin jahit sebagai sumber pendapatan.
“Kaum ibu yang terpilih menerima bantuan ini dilihat daripada pelbagai sudut, termasuk aspek ekonomi keluarga selain penerima yang pendapatannya benar-benar bergantung kepada mesin jahit sebelum ini,” katanya.
Penerima, Rosilawati Ismail, 40, berkata, dia bersyukur menerima bantuan mesin jahit kerana dia bercita-cita untuk mengembangkan lagi bidang jahitan ini. “Bantuan ini meringankan bebanan saya untuk memperluaskan lagi perniagaan dalam dunia jahitan.
“Lagipun inilah sumber pendapatan utama saya sejak bergelar ibu tunggal untuk membesarkan seorang anak dan bayaran bulanan rumah sewa,” katanya.
Bagi Noralmardiah Yusoff, 51, berkata, dia rasa amat bertuah apabila terpilih sebagai penerima mesin jahit itu kerana mesin jahit kepunyaannya sudah berusia 20 tahun.
Menurutnya, dengan mesin jahit baharu itu dia yakin dapat menyiapkan tempahan baju pelanggan dengan cepat kerana mesin jahit lama sering meragam kerana sudah uzur.
“Saya yakin dapat meningkatkan produktiviti dengan mesin jahit baharu, dan berharap pendapatan saya akan meningkat untuk menyara tiga anak masih bersekolah,” katanya, yang kematian suami dua tahun lepas.
Pada majlis itu, Che Abdullah turut menyampaikan sumbangan beras bulanan Al-It’am, sumbangan anak yatim, sumbangan kepada Pasti dan pesakit kronik serta kepada Masjid Khairiah Chabang Empat.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 6 Januari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan