Laksam dan laksa dirampas daripada gerai terbabit ekoran membiarkan makanan itu terdedah sehingga dimakan tikus dalam operasi bersepadu Jabatan Kesihatan dan MPKB-BRI, semalam. |
KOTA BHARU: Kurangnya kemudahan asas yang disediakan pihak berkuasa
tempatan (PBT) merupakan antara alasan yang sering diberikan oleh
pengendali makanan bila ditanya soal kebersihan di premis niaga mereka.
Ada di antara peniaga merungut ketiadaan air, selain jadual kutip sampah yang tidak teratur menjadi punca ruang niaga mereka kotor, namun sikap sambil lewa mereka yang tidak menjaga kebersihan juga antara penyebab ruang niaga mereka kotor.
Atas aduan dan rasa tanggungjawab terhadap isu itu, satu operasi bersepadu dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MKPB-BRI) di sekitar premis makanan di Pasar Siti Khadijah di sini semalam bagi melakukan penilaian gred makanan.
Operasi yang diketuai Pegawai Teknologi Kawalan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Kelantan, Nik Noraini Nik Hanafi dan Pengarah Pelesenan MPKB-BRI, Shamsudin Mamat bersama kira-kira 60 anggota yang menjalankan pemeriksaan ke semua premis menjual makanan masak dan segera di tingkat satu pasar itu.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, dalam operasi berkenaan, sepasukan anggota kesihatan dan penguat kuasa MPKB-BRI menjalankan pemeriksaan terhadap 49 premis makanan di pasar berkenaan.
Daripada hasil pemeriksaan itu sebuah gerai menjual laksam dan laksa menjadi tumpuan kerana membiarkan laksamnya terdedah dengan kesan gigitan tikus.
“Kami cuba mengesan peniaga yang menjualnya namun gagal, kerana dia tidak menjalankan perniagaan dan hanya meninggalkan makanan itu untuk diambil oleh peniaga lain untuk dijual di kawasan tertentu.
“Ini menunjukkan satu sikap sambil lewa dan kita bertindak merampas laksam seberat 20 kilogram itu dengan harapan tindakan itu akan memberi pengajaran kepada penjual,” katanya kepada media.
Sementara itu, Setiausaha MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, rungutan mengenai tiada tong sampah yang mencukupi, ketiadaan air di premis niaga dan jadual mengutip sampah yang tidak konsisten bukan alasan yang munasabah kerana tanggungjawab menjaga kebersihan adalah terletak di tangan peniaga itu sendiri.
“Pengendali makanan harus sediakan tong sampah sendiri pada kapasiti 240 liter, memandangkan penghasilan sampah daripada perniagaan itu adalah melebihi daripada sampah pada kebiasaannya.
“Ini kerana sampah daripada premis makanan adalah dari jenis yang cepat membusuk dan mengeluarkan cecair. Lantaran itu mulai tahun ini, MPKB-BRI akan memberikan penekanan terhadap pengendali makanan menyediakan tong sampah 240 liter bagi premis masing-masing," katanya. Rosnazli berkata, sampah pengendali makanan ini tidak boleh dibuang di tong sampah domestik.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 23 Januari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan