KOTA BHARU: Sebahagian besar peniaga di Pasar Siti Khadijah masih
mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai kebersihan premis mereka,
demikian menurut Jabatan Kesihatan Kelantan.
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata 90 peratus premis makanan di pasar berkenaan dikategori kotor berdasarkan hasil penilaian tahap kebersihan yang dilakukan jabatan itu.
"Sikap mereka mungkin akan mencalarkan imej negeri sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) kerana negeri ini menjadi satu daripada tumpuan pelancong dari dalam atau luar negara.
"Kami kategorikan tahap kebersihan di sini sebagai Gred B ke bawah dan peniaga harus memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas Ops Penggredan premis makanan di pasar itu, di sini hari ini.
Ahmad Razin berkata peniaga seharusnya mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka untuk menjaga premis masing-masing agar sentiasa bersih dan selamat.
"Jangan bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja. Kebersihan premis adalah tanggungjawab peniaga jadi mereka harus bertanggungjawab terhadap kebersihan premis masing-masing," tegasnya.
Dalam operasi itu, Dr Ahmad Razin berkata sebanyak 49 daripada 84 premis makanan di pasar berkenaan diperiksa dan tiga daripadanya diarah tutup hari ini mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
"Lima lagi peniaga premis makanan dikompaun kerana tidak bersih," katanya yang memaklumkan operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan premis makanan di negeri itu berada pada tahap memuaskan.

Sumber: BERNAMA | 22 Januari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan