SYARIKAT penerbangan Firefly mengumumkan akan menangguhkan perkhidmatan
bagi laluan terbaharunya dari Kota Bharu, Kelantan ke Bangkok, Thailand.
Menurut syarikat itu, penangguhan laluan tersebut dibuat kerana pergolakan dan ketidaktentuan politik di ibu negara Thailand itu. Laluan itu dijadual bermula pada 24 Januari ini namun ditangguhkan ke 19 Mac 2014.
"Penumpang yang telah membeli tiket ke Bangkok dinasihati menghubungi Firefly untuk pengembalian wang," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan, semalam.

Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 9 Januari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan