![]()  | 
| Ahmad Yakob (depan) melawat tapak kebakaran yang memusnahkan premis perniagaan di Pekan Rantau Panjang, Kelantan, semalam. | 
Pengerusinya, Mumtaz Md. Nawi berkata, usaha tersebut dilakukan bagi 
membantu golongan usahawan wanita terbabit membangunkan semula 
perniagaan mereka.
"Kita akan bekerjasama dengan Unit Keusahawanan negeri membantu 
peniaga-peniaga ini. Kita sentiasa peka dengan permasalahan mereka 
(peniaga) yang kebanyakan bergantung hidup hasil daripada perniagaan 
ini.
"Kita juga akan berusaha sedaya upaya membantu nasib peniaga wanita 
yang terlibat daripada pelbagai sumber yang ada dalam usaha meringankan 
beban mereka," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan 
kepada 40 mangsa bencana alam, Armalah Niaga, Az-Ziwaj dan Kifaalah di 
Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit, di sini hari ini.
Sementara itu katanya, beliau juga berharap kedai-kedai di Pekan 
Rantau Panjang berhampiran kompleks bebas cukai yang musnah itu akan 
dapat dibangunkan semula secepat mungkin.
Semalam, sebanyak 50 unit kedai yang berusia kira-kira 20 tahun di Pekan Rantau Panjang di sini musnah dalam kebakaran.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.30 malam itu tidak melibatkan
 kemalangan jiwa, kerana ketika kejadian kesemua mereka telah menutup 
operasi perniagaan masing-masing.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 7 Januari 2014 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan