Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 6 Januari 2014

Ahli Parlimen Pasir Mas temui rakyat hujung minggu

Nik Mohamad Abduh (lima, kanan) bersama jemaah Madrasah Pondok Haji Che Hassan di Lemal.
PASIR MAS: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz menjadikan cuti hujung minggu sebagai platfrom bertemu rakyat di kawasan berkenaan.

Nik Mohammad Abduh berkata, perkara itu sudah menjadi rutinnya sejak menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.

Menurutnya, setiap hujung minggu iaitu bermula Jumaat hingga Ahad, beliau akan turun padang meninjau untuk permasalahan dihadapi penduduk, selain beramah mesra dengan rakyat.

“Pendekatan ini menangkis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan saya tidak turun padang dan mengambil tahu masalah rakyat.

“Saya mendapat kerjasama sebaiknya daripada Adun dan pimpinan setempat. Mereka banyak memberi maklum balas terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat.

“Ini memudahkan sedikit kerja saya untuk mengetahui permasalahan dihadapi rakyat di kawasan Pasir Mas dan mencari jalan penyelesaian untuk atasinya,” katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat dan mendengar permasalahan ahli jawatankuasa Madrasah Pondok Haji Che Hassan di Lemal.

Nik Mohamad Abduh berkata, pusat khidmat rakyat Ahli Parlimen Pasir Mas di Kampung Kasar sudah mula beroperasi walaupun, papan tandanya belum dinaikkan. Katanya, dengan adanya pusat berkenaan ia akan memudahkan penduduk membuat aduan atau berjumpa dengannya selepas ini.

Pada PRU13 lalu, Nik Mohamad Abduh, yang juga muka baharu berjaya menumbangkan penyandang kerusi kawasan berkenaan, Datuk Ibrahim Ali.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 6 Januari 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan