Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 16 Januari 2014

300 nelayan tradisional Tok Bali bakal nikmati jeti khas

PASIR PUTEH: Sebanyak 300 nelayan tradisional di Tok Bali di sini akan mempunyai kemudahan jeti sendiri apabila siapnya kemudahan berharga RM1.2 juta itu pertengahan tahun ini.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan Wan Adnan Wan Ibrahim berkata jeti yang sedang dalam pembinaan itu terletak berhampiran Pelabuhan Perikanan LKIM.

"Sebahagian besar daripada nelayan tradisional itu terdiri daripada peserta projek penempatan semula nelayan Tok Bali," katanya kepada pemberita ketika ditemui Khamis.

Beliau berkata buat masa ini nelayan berkenaan terpaksa mendaratkan hasil tangkapan di merata tempat termasuk jeti kepunyaan individu kerana tiada jeti yang dikhaskan untuk mereka.

Mengenai projek penempatan semula nelayan Tok Bali yang pesertanya dipilih dari empat daerah iaitu Tumpat, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh, Adnan berkata 200 peserta mendiami rumah tersebut setakat ini manakala baki 100 peserta lagi dijangka berbuat demikian, pada April.

Beliau berkata kerajaan pusat menyediakan peruntukan RM30 juta untuk projek itu yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti bekalan air, elektrik, kedai dan masjid.

Sumber: BERNAMA | 16 Januari 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan