PASIR MAS: Kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada tahun lepas meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM134 juta berbanding RM113 juta untuk tahun 2012.
Timbalan Yang Dipertua MAIK Datuk Kamaruddin Mohd Zain berkata tahap kesedaran terhadap pembayaran zakat di kalangan umat Islam di Kelantan semakin meningkat.
Pada tahun ini, MAIK menyasarkan jumlah kutipan zakat sebanyak RM130 juta itu akan dapat dikekalkan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang zakat kepada golongan asnaf di Kampung Kedondong di sini, Khamis.
Kamaruddin berkata zakat yang diterima itu akan disalurkan sebaik mungkin kepada golongan yang layak menerima zakat (asnaf).
Pada masa ini, seramai 8,000 golongan miskin di negeri ini menerima bantuan daripada wang zakat melibatkan peruntukan lebih RM2 juta sebulan.
"Selain itu wang zakat turut diagihkan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran iaitu peringkat ijazah kita beri sebanyak RM2,500 seorang dan diploma RM1,700 seorang," katanya.
Pada tahun lepas, sebanyak 100 buah rumah baharu telah dibina oleh MAIK untuk golongan miskin dan pada tahun ini, pihaknya meletakkan sasaran 126 rumah akan dibina untuk golongan tersebut.
Sementara itu, seorang penerima wang zakat, Noraini Mohd Noor, 41, dari Kampung Chekok di sini, berkata sumbangan wang tunai sebanyak RM2,000 itu amat bermakna baginya termasuk untuk perbelanjaan persekolahan tiga anaknya.
Sumber: BERNAMA | 2 Januari 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan