Kompleks HGM yang baharu perlu ditempatkan doktor pakar. |
GUA MUSANG: Penduduk merayu kepada Kementerian Kesihatan supaya
menempatkan doktor pakar dalam pelbagai bidang di Hospital Gua Musang
(HGM) bagi merawat pesakit kritikal.
Hal ini kerana pesakit yang mendapat rawatan awal di HGM berdepan risiko apabila terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Krai (HKK) berikutan perjalanan terlalu jauh.
Mereka kecewa kerana hospital baharu di sini, tidak disediakan doktor pakar bagi merawat pesakit, terutama yang menghadapi penyakit berbahaya dan kritikal.
Penduduk, Baharum Harun, 45, berkata, sebuah bandar yang pesat membangun dan mempunyai bilangan penduduk yang ramai perlu ada khidmat doktor pakar di HGM.
Menurutnya, sebelum ini juga kerajaan pernah berjanji untuk menempatkan doktor pakar di hospital tersebut, tetapi sampai sekarang belum berbuat demikian.
“Masalah yang paling besar pesakit berdepan risiko kematian jika lambat menerima rawatan membabitkan rawatan dengan doktor pakar.
“Ini kerana perjalanan ke Kuala Krai mengambil masa hampir dua jam untuk sampai hingga ada pesakit kritikal sebelum ini meninggal dunia dalam perjalanan,” katanya.
Ludin Ismail, 39, pula berkata, tidak ada gunanya dibina hospital yang serba canggih di daerah ini jika tidak ditempatkan doktor pakar.
Katanya, memang ada doktor pakar memberi khidmat di hospital itu tetapi mengikut jadual ditetapkan dan jika ingin segera menerima rawatan terpaksa ke HKK.
“Kadang kala rasa sedih juga apabila menghadapi masalah ini, namun jika terpaksa perlu juga menerima apa yang ditetapkan pihak hospital,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 8 Januari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan