GUA MUSANG: Majlis Daerah
Gua Musang (MDGM) melancarkan operasi menanggalkan iklan pinjaman wang
haram atau Ah Long di sekitar Lojing dan Pos Brooke di sini Rabu.
Ketua Penguatkuasa MDGM, Kamarudin Idris berkata ini bagi mengelak Orang Asli di kawasan berkenaan terpengaruh dengan tawaran pinjaman yang didakwa mendapat kelulusan segera.
Operasi bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari itu menyaksikan usaha menurun dan menanggalkan iklan yang ditampal di tiang lampu, bangsal usang dan pokok.
Bercakap kepada pemberita di sini, Kamarudin berkata pihaknya akan sentiasa memantau aktiviti menampal iklan dan poster seumpama itu.
Mengakui perkara itu sudah lama dilakukan mereka yang memberi pinjaman itu, beliau bagaimanapun percaya tidak ramai penduduk Orang Asli terpengaruh dan membuat pinjaman.
Katanya, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada beberapa insiden melibatkan kegiatan Ah Long sebelum ini termasuk ugutan bunuh kerana peminjam gagal membayar balik dalam masa yang ditetapkan.
Sumber: BERNAMA | 8 Januari 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan