KOTA BHARU: Kerajaan
Kelantan hari ini menafikan laporan portal berita tertentu kononnya ia
kini membenarkan persembahan 'mak yong' dan 'menora' kepada orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri tetap berpegang teguh dengan pendiriannya mengharamkan persembahan kebudayaan yang bercanggah dengan Islam sejak tahun 1990.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, beliau berkata kerajaan negeri sama sekali tidak pernah mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak untuk membenarkan kembali persembahan berkenaan.
Md Anizam berkata walaupun 'mak yong' dan 'menora' merupakan seni kebudayaan dan kebanggaan rakyat Kelantan namun sama sekali tidak akan bertolak ansur jika ia tidak selari dengan lunas agama.
"Kita kekal dengan dasar kita yang mana semua tahu seni hiburan dan pementasan yang memberi aspek negatif serta kesan buruk kepada pemikiran dan akidah umat Islam adalah diharamkan," katanya.
Sementara itu, beliau yakin kedatangan pelancong ke negeri Kelantan tidak terjejas berikutan berlakunya kebakaran yang memusnahkan 60 unit kedai di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang kira-kira 11.30 malam tadi.
"Kes kebakaran itu tidak ada kena mengena dengan sasaran kita untuk menarik jutaan pelancong kerana selain di Rantau Panjang, Kelantan mempunyai banyak (pusat) tarikan untuk dikunjungi," katanya.
Sumber: BERNAMA | 7 Januari 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan