Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 17 Januari 2014

Kadar jenayah di Kelantan meningkat 30 peratus pada tahun 2013

KOTA BHARU: Kes jenayah di negeri ini meningkat hampir 30 peratus pada tahun laluKetua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, kes curi motosikal dan kenderaan adalah penyumbang utama peningkatan indeks jenayah di negeri ini.

Beliau berkata, peningkatan tersebut agak membimbangkan dan pihaknya telah melipat gandakan usaha untuk mencegah daripada kes tersebut meningkat.

"Secara purata, hampir lapan hingga 10 buah motosikal dilaporkan hilang di Kelantan setiap hari"Kebanyakan jenayah curi motosikal ini bukan dilakukan sindiket, sebaliknya dilakukan remaja," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Jalaluddin berkata, hasil siasatan pihaknya juga mendapati kebanyakan penjenayah mensasarkan kereta lama seperti Proton Wira untuk dicuriKatanya, penjenayah akan menggunakan kereta menceraikan kereta tersebut kepada beberapa bahagian untuk dijadikan sebagai alat ganti.

"Sementara itu, sepanjang tahun lepas juga, sebanyak 64 kes ragut yang dilaporkan sepanjang tahun lalu dan 27 suspek telah ditangkap oleh pihak polis," katanya. Tambah beliau, penjenayah juga telah menggunakan taktik baru dalam memburu mangsa mereka untuk kes samun.

"Pihak polis kini turut mengesan satu lagi taktik yang digunakan sebuah kumpulan yang meronda untuk mencari mangsa seperti yang berlaku di Kampung Kangkong, Pasir Mas baru-baru ini.

"Mereka akan menyamar sebagai pelanggan dan pelbagai cara lagi untuk menipu mangsa. Jika mangsa mempunyai banyak barang kemas, barulah mereka akan melakukan samun.

"Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak membawa wang tunai atau memakai banyak kemas apabila berada di tempat awam," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 16 Januari 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan