KOTA BHARU: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan 
menawarkan peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam 
bidang keusahawanan penternakan kambing.
Pegawai Pembangunan Sosial Ekonomi 1 Jabatan berkenaan, Nazatul Asma 
Ariffin berkata, program tersebut diadakan dengan kerjasama sebuah 
syarikat pengendali pusat penternakan kambing terbesar di negeri ini 
iaitu Elham - Q Malaysia Sdn. Bhd.
"Kita memfokuskan kepada belia-belia yang tidak berpeluang 
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi atau tiada bidang 
kemahiran lain tetapi berminat untuk menjadi usahawan dalam bidang 
pertanian.
"Diharapkan belia di negeri ini tidak akan melepaskan peluang yang 
ditawarkan ini kerana ia adalah projek pertama yang diperkenalkan dalam 
usaha melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan belia di negara ini," 
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Elham - Q Malaysia Sdn. Bhd., Shawal Akbar Mohamed.
Nazatul Asma berkata, pihaknya telah menerima banyak permohonan 
daripada golongan belia yang berminat untuk menyertai sesi pertama 
program ternakan kambing itu.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 8 Januari 2014 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan