Penduduk risau apabila melalui jalan retak akibat baik pulih longkang tergendala. |
KOTA BHARU: Hampir 2,000 penduduk yang berulang-alik setiap hari
melalui jalan bagi menghantar dan mengambil anak ke Sekolah Kebangsaan
Raja Bahar, Kedai Lalat, di sini berdepan dengan bahaya.
Berikutan kerja-kerja membaik pulih longkang yang terletak bersebelahan sekolah berkenaan, jalan di tempat tersebut turut berlubang dan berlopak sejak tiga bulan lalu.
Penduduk, Azaharuddin Mat, 50 mendakwa, jalan tersebut penting kerana kebanyakan ibu bapa kepada lebih 600 murid di sekolah berkenaan menggunakannya, sedangkan ia sudah retak.
“Dua hari lalu, berlaku satu kemalangan seorang ibu yang menghantar anaknya ke sekolah itu jatuh ke dalam longkang tersebut hingga terpaksa dirawat di wad hospital.
“Sebelum ini juga, murid juga pernah jatuh dengan basikalnya dan tindakan segera oleh pihak berkaitan perlu diambil dalam masa terdekat ini bagi mengelak lebih ramai mangsa,” katanya kepada media semasa membuat tinjauan di kawasan sekolah berkenaan, di sini, semalam.
Azaharuddin mendakwa, sebelum ini dia pernah mendengar khabar longkang tersebut sudah dua kali menukar kontraktor dan kini dibiarkan terbengkalai dipercayai akibat masalah berkenaan.
“Sekolah ini sebelum ini berhadapan dengan masalah banjir kilat yang mana, apabila hujan setengah hari tanpa henti, longkang tersumbat dan air melimpah sehingga ke dalam kelas.
“Apabila projek baik pulih longkang itu dimulakan sebelum cuti sekolah Disember lalu, penduduk mula gembira dengan tindakan tersebut, namun kini ia bertukar kepada kekecewaan,” katanya.
Bagi Nik Mohd Rosdi Nik Mat, 46 berkata, jalan tersebut turut dilalui penduduk beberapa kampung termasuk Kampung Pulau Melaka, Kota Jembal, Chepa, Pasir Tok Kambing, Senang, Kubang Badak, Beris Arab dan Tok Ku.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Haris Hussin berkata, pihaknya meminta pihak berkaitan yang menjalankan kerja baik pulih longkang dan jalan bertindak menyiapkannya secepat mungkin.
“Pihak kami akan membawa masalah rakyat tersebut kepada pihak berkaitan, selain merujuk Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi mempercepatkan usaha baik pulih,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 27 Januari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan