Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 14 Julai 2015

15 tabika yang rosak akibat banjir dibaik pulih - JPNIN

GUA MUSANG: Sebanyak 15 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Kelantan yang rosak akibat banjir pada Disember tahun lepas, telah dibaik pulih.

Ketua Pengarahnya, L.Gandesan berkata kerja membaik pulih itu dilakukan secara gotong-royong oleh guru, ibu bapa dan penduduk kampung.

"Kita kagum dengan kerjasama yang diberikan pelbagai pihak khususnya penduduk tempatan bagi membaik pulih kelas Tabika tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Kasih Ramadan Komuniti Rukun Tetangga dan penyampaian hadiah Cetusan Kreatif Perpaduan di Dewan Sivik di sini, Isnin.

Majlis dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof.

Gandesan berkata semangat permuafakatan itu harus dikekalkan kerana ia menunjukan amalan baik dalam mengeratkan perpaduan dalam masyarakat.

Katanya masyarakat berbilang kaum harus mengambil ikhtibar daripada kejadian banjir luar biasa tersebut untuk sama-sama melahirkan semangat perpaduan yang berkekalan tanpa ada mana-mana yang hidup terpinggir.

Beliau berkata daripada lawatannya ke Tabika terbabit, hanya kemudahan peralatan yang perlu diganti.

Sumber: Bernama | 13 Julai 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan