KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi, Anih Berhad menjangkakan lebih tiga juta kenderaan akan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sempena sambutan Aidilfitri minggu ini.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Azmil Khalid berkata, jumlah kenderaan yang bakal menggunakan lebuh raya itu dianggar meningkat 30 peratus berbanding tahun lepas sepanjang tempoh ‘Op Selamat’ yang telah bermula Jumaat lalu.
Sehubungan itu, beliau menyarankan pengguna lebuh raya untuk mengikuti cadangan waktu perjalanan yang telah disediakan bagi mengelakkan kesesakan.
“Jangkaan jumlah trafik yang akan menggunakan LPT meningkat sebanyak 51 peratus di laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan 72 peratus di LPT 1 berbanding hari biasa yang mana corak peningkatan ketara akan dilihat pada 15, 16, 19 dan 20 Julai.
“Oleh itu, kita amat berharap pengguna tidak menggunakan lebuh raya di waktu puncak serta memastikan minyak dan bekalan makanan mencukupi kerana hentian Rehat dan Rawat (R&R) yang penuh akan ditutup,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai persediaan Aidilfitri serta pelancaran edisi khas kad Touch ‘n Go LPT di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Datuk Sr. Aziz Abdullah dan Pengarah Pengawasan Tol LLM, Idrus Mat Tais.
Sebanyak 1,500 tenaga kerja akan bertugas sepanjang musim perayaan ini termasuk pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi membantu melancarkan operasi kutipan tol dan mengawal keadaan trafik di LPT.
Dalam pada itu, Azmil berkata, pihaknya akan memberikan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pemegang kad Touch ‘n Go dan Smart Tag pada Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 17 Julai ini.
Menurut Azmil, diskaun untuk semua jenis kenderaan di Plaza Tol Gombak dan Bentong itu diberikan sebagai rangka promosi sebelum pelaksanaan sistem kutipan tol elektronik pada 9 September nanti.
Katanya, pihaknya telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan pelaksanaan sistem tersebut yang sepatutnya dijadualkan awal tahun hadapan kerana percaya langkah itu mampu menyuraikan kesesakan trafik berpunca daripada mod pembayaran tunai.
“Kami yakin pelaksanaan kutipan secara elektronik mampu meningkatkan kecekapan operasi pengurusan tol terutamanya pada waktu puncak.
“Kita akan memberikan 50,000 kad Touch ‘n Go percuma bermula 1 Ogos dan rebat sebanyak lima peratus kepada pengguna kelas 1 untuk tempoh tiga bulan pertama pelaksanaan kutipan elektronik yang akan menelan belanja RM3 juta,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 13 Julai 2015 | Terbitan 14 Julai 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan