Zamri (kanan) menunjukkan syarat di muka belakang lesen perniagaan yang perlu dipatuhi peniaga. |
KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akan menguatkuasakan pemberhentian aktiviti perniagaan jam 12 malam, selewat-lewatnya 1 Oktober depan.
Yang Dipertuanya, Zamri Ismail berkata, semua premis perniagaan berlesen diwajibkan mematuhi semua syarat sepanjang menjalankan aktiviti tersebut.
Menurutnya, terdapat 24 syarat utama yang perlu dipatuhi, antaranya dilarang berniaga antara jam 12 malam hingga 6 pagi tanpa kebenaran bertulis Yang Dipertua MKPB-BRI.
“Pada 2 Jun lalu, kita telah keluarkan notis pemberhentian selepas jam 12 malam kepada semua pemilik premis berlesen sebagai peringatan semula.
“Kita terima banyak laporan kesan daripada aktiviti perniagaan hingga lewat malam, antaranya wujud tempat melepak sehingga beri kesan tidak baik kepada masyarakat seperti masalah sosial,” katanya kepada media, semalam.
Tambahnya, ia bukan syarat baharu, malah perbincangan telah dilakukan dengan pelbagai pihak, antaranya Jabatan kesihatan yang bersetuju dengan tindakan tersebut demi kebaikan kesihatan masyarakat.
Bagaimanapun, Zamri berkata, MPKB-BRI memberi kelonggaran kepada mana-mana premis yang mahu beroperasi melebihi waktu ditetapkan dengan membuat permohonan bertulis secara rasmi.
“Setiap permohonan perlu ada tapisan. Pegawai kita akan turun buat siasatan di tapak premis, kemudian bincang di peringkat komuniti. Kita akan mempertimbangkan jika layak dan mematuhi syarat ditetapkan.
“Setakat ini kita ada lima permohonan dan telah meluluskan operasi 41 premis 7-Eleven, selain kedai makanan ringan yang beroperasi 24 jam,” katanya.
Menurutnya, bagi premis yang gagal mematuhi syarat tersebut selepas tarikh penguatkuasaan, pemilik premis akan dikompaun maksima RM500.
“Jika pemilik premis masih berdegil, kita akan tamatkan lesen. Kita bukan mahu tutup rezeki peniaga cuma mahu mengawal masalah sosial dalam kalangan masyarakat, selain faktor tertentu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Zamri juga merancang memasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di 13 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi memastikan tidak berlaku pembuangan sampah sehingga melimpah di luar tong disediakan MPKB-BRI.
“Semua tempat kita rancang letak CCTV ini memang kritikal, sebabnya adalah masalah budaya masyarakat yang suka buang sampah merata-rata sedangkan tong sampah telah disediakan,” katanya.
Pihaknya juga memerlukan lebih 480 tong sampah bagi menampung peningkatan sekali ganda sisa pepejal ketika Ramadan yang mencecah sehingga 600 tan metrik sehari berbanding 300 tan metrik sehari pada hari biasa.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 1 Julai 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan