Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 2 Julai 2015

Produk jualan langsung bernilai lebih RM71,000 dirampas di Kelantan

KOTA BHARU: Pelbagai jenis barang jualan langsung bernilai RM71,410 dirampas di sebuah premis perniagaan di Ketereh di sini.

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan menyerbu premis itu selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Pengarahnya Ab Ghani Harun berkata perniagaan itu dilakukan tanpa lesen.

"Barangan yang dirampas termasuk serbuk kopi, kacip fatimah, barli dan produk wangian yang dipercayai dipasarkan melalui kaedah jualan langsung," katanya.

Ab Ghani berkata pengusahanya mendakwa terlupa memohon lesen perniagaan sedangkan telah beroperasi hampir setahun dan premis itu digunakan sebagai pejabat, urusan pemasaran dan kilang pembuatan produk.

Katanya pemilik premis akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jualan Langsung dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000.

Sumber: Bernama | 2 Julai 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan