Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 13 Julai 2015

Kenderaan berat tidak dibenarkan masuk Kelantan bermula Selasa

KOTA BHARU: Kenderaan berat tidak dibenarkan memasuki negeri ini bermula Selasa hingga 21 Julai, bagi mengelak kesesakan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan) Adnan Hussin berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan kenderaan berat memasuki Kelantan bagi membantu mengatasi kesesakan lalu lintas di negeri itu.

"Pihak berkuasa Negeri Kelantan melalui Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali ke 14/15 yang bersidang pada 8 Julai membuat keputusan dan bersetuju untuk tidak membenarkan semua kenderaan berat memasuki negeri ini, tiga hari sebelum dan tiga hari selepas sambutan Aidilfitri," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut mewartakan perintah larangan pemanduan kenderaan bermotor dengan kelajuan lebih daripada 70 kilometer sejam di seluruh jalan di negeri ini bermula 10 hingga 25 Julai ini.

Sumber: mStar Online | 13 Julai 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan