KOTA BHARU: Seorang pelajar berumur 15 tahun dipercayai menjadi mangsa pertama bermain mercun di Kelantan sempena sambutan hari raya tahun ini.
Empat jari Muhammad Rizaimie Zamri hancur terkena mercun buatan sendiri di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Tumpat malam tadi.
Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Ibunya Che Rosmaini Che Sulaiman, 38, berkata kejadian berlaku selepas anaknya keluar rumah selepas berbuka puasa kira-kira pukul 8 malam.
"Tidak lama kemudian saya mendengar bunyi dentuman kuat. Pada mulanya saya tidak menyangka bunyi itu adalah bunyi mercun yang anak saya main bersama kawan-kawannya.
"Saya kemudiannya bergegas keluar rumah dan mendapati anak saya sudah dibawa abang saya dengan kereta ke hospital," katanya kepada pemberita ketika melawat anaknya di hospital.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ab Aziz Abdullah berkata mangsa tidak dapat menulis yang menyukarkan pembelajarannya.
Sumber: Bernama | 1 Julai 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan