Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 4 Julai 2015

Kerajaan pelawa orang ramai beri cadangan Bajet 2016 - Ahmad Maslan

SETIU: Kerajaan mempelawa pelbagai pihak sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi dan orang perseorangan untuk memberikan cadangan bagi Bajet 2016 sebelum dibentangkan pada Oktober depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kerajaan mempunyai pasukan bagi meneliti semua cadangan yang dikemukakan.

"Kadang-kadang kita (kerajaan) mendapat ilham tertentu daripada cadangan-cadangan rakyat, agensi atau NGO. Kita menggalakkan pencambahan idea yang inovatif daripada rakyat, negeri dan pihak-pihak yang berkaitan dalam proses bajet ini," katanya.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata sebarang cadangan boleh dihantar melalui e-mel ke www.treasure.gov.my atau menghantar surat kepada menteri kewangan, menteri kewangan kedua atau kepada beliau sendiri untuk diteliti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis dialog isu semasa Ketua Penerangan UMNO Malaysia bersama kepimpinan UMNO Bahagian Setiu di sini Jumaat.

Ahmad berkata kerajaan juga akan mengadakan dialog dengan pelbagai pihak mengenai cadangan dan pandangan tentang Bajet 2016.

Beliau berkata Bajet 2016 dijadual dibentangkan pada 23 Okt, dengan itu cadangan hendaklah dihantar awal dan selewat-lewatnya September depan.

"Jika cadangan dihantar pada bulan Oktober, maka ia sudah terlewat dan kerajaan sudahpun muktamadkan bajet berkenaan," katanya.

Sumber: Bernama | 3 Julai 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan