![]()  | 
| Menteri Kerja Raya (berbaju hijau muda) menyampaikan beg cenderamata kepada salah seorang pengguna Jalan Pintasan Pasir Puteh - Tok Bali. Foto ihsan: Kementerian Kerja Raya Malaysia | 
PASIR PUTEH: Sempena lawatan kerja YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya ke negeri Kelantan pada 9 Julai 2015, YB Menteri telah merasmikan pembukaan Jalan Pintasan Pasir Puteh - Tok Bali sepanjang kira-kira 10 kilometer. 
Majlis serba ringkas tersebut telah diadakan di kepala jambatan utama jalan pintasan ini. Jalan pintasan ini merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9: 2006 - 2010) yang telah berjaya disiapkan pada awal bulan ini. 
![]()  | 
| Jambatan utama di Jalan Pintasan Pasir Puteh - Tok Bali. Foto ihsan: Kementerian Kerja Raya Malaysia | 
Pembukaan jalan ini bukan sahaja dapat memendekkan tempoh perjalanan dari Kota Bharu ke Tok Bali tetapi juga menjadi pemangkin kepada pembangunan Tok Bali secara keseluruhannya lebih-lebih lagi dengan projek pembangunan Pelabuhan Tok Bali dan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali yang sedang dan akan digerakkan. 
Sumber: Gerbang KBBRI | www.kbbri.blogspot.com 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan