Jagung bijian untuk dijadikan makanan ternakan. |
PASIR PUTEH: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) memerlukan ladang jagung seluas 14,000 hektar bagi menampung permintaan kilang memproses makanan ternakan ayam, lembu, kambing dan ikan di Johor.
Pengerusinya, Datuk Seri Saipol Bahari Suib berkata pihaknya menyasarkan pengeluaran 8,000 tan metrik jagung sebulan dari ladang itu.
"Setakat ini ladang jagung yang ada hanyalah 1,000 hektar di Segamat, di Johor.
"Nafas akan memperluas penanaman jagung ke negeri-negeri Pantai Timur bagi menampung keperluan yang masih belum mencukupi,"katanya ketika berucap merasmikan program Gelombang Tani Nasional, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) peringkat Jajahan Pasir Puteh di Bendang Cherang Rotan, di sini hari ini.
Majlis yang disertai lebih 500 petani itu turut dihadiri anggota Pengerusi Lembaga Pengarah KADA Datuk Zawawi Othman.
Saipol Bahari berkata bagi Kelantan, pihaknya telah mengenal pasti Bachok dan Pasir Puteh sebagai kawasan berpotensi untuk mengusahakan tanaman jagung.
"Nafas menerusi anak syarikatnya akan membantu petani dalam menyediaan benih dan membersihkan kawasan yang akan diusahakan.
"Nafas juga memberi jaminan untuk membeli hasil tanaman tersebut dengan harga berpatutan,"katanya.
Saipol Bahari berkata 345,000 tan metrik bahan itu diimport setiap tahun, dijadikan bahan makanan untuk ayam ternakan.
Sumber: Bernama | 26 Julai 2017

Tiada ulasan:
Catat Ulasan