KOTA BHARU: Orang ramai dijemput untuk menyertai program FitMalaysia Kelantan 2017 dan Larian Obor Sukan SEA di Pantai Irama, Bachok pada 15 Julai ini.
Program yang bermula pada pukul 7.30 pagi itu akan turut disertai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yakoob serta pemimpin tempatan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Belia dan Sukan negeri di sini hari ini, di antara aktiviti yang diadakan ialah kayuhan basikal untuk 30 kilometer (km) dan 10 km serta larian 10 km dan lima km.
Katanya, selain itu, turut diadakan acara senamrobik, zumba dan ‘body combat’, setiap peserta akan menerima medal serta pek makanan ringan.
Khairy dan Mustapa akan turut menyertai kayuhan basikal tersebut.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini boleh menhubungi Jabatan Belia dan Sukan negeri ditalian 09-7661200 dan Pejabat Belia dan Sukan Bachok, 09-7787811 atau melalui laman web, www.fit.my serta www.rjevent.com.my.
Tarikh tutup penyertaan pada 12 Julai ini.
Sumber: Utusan Online | 4 Julai 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan