Pengerusi
Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberi taklimat kepada jemaah haji
pada majlis pelepasan KT 01 di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya di sini hari
ini.
|
KUALA LUMPUR: Seramai 483 bakal haji berlepas ke Tanah Suci dalam penerbangan pertama (KT01) menaiki penerbangan Malaysia Airlines dengan pesawat MH8000 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.50 pagi hari ini.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim membuat pelepasan bakal haji tersebut pada pukul 3 pagi dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya menaiki 10 buah bas menuju ke KLIA.
"Kesemua jemaah berkenaan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Abdulaziz di Madinah kira-kira pukul 10 pagi (waktu Arab Saudi) .
"Sebelum ini kita sudah menghantar 209 petugas bagi menguruskan persiapan untuk jemaah haji termasuk penginapan serta membuka pejabat operasi di Madinah,"katanya ketika hadir Majlis Pelepasan Jemaah Haji KT 01 di sini pagi ini.
Yang turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah.
Katanya, pada tahun ini, jemaah haji Malaysia yang kesemuanya berjumlah 30,200 akan bertolak secara berperingkat melibatkan 112 penerbangan ke Tanah Suci dengan penerbangan terakhir pada 26 Ogos.
Kesemua jemaah haji negara dijadualkan pulang ke tanah air pada 7 September manakala penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah 4 Oktober depan.
Sumber: Utusan Online | 24 Julai 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan