KOTA BHARU: Seramai 111 individu telah dan akan dituduh mengikut Seksyen 39 C Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak Januari hingga semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata mereka merupakan penagih tegar yang ditahan melebihi dua kali dan bakal berdepan hukuman yang lebih berat.
"Sekiranya memiliki dua rekod lampau mengikut Seksyen 15(1) ADB 1952, penagih terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 39C akta sama yang memperuntuk hukuman penjara di antara tiga dan lima tahun serta tiga sebatan," katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Hasanuddin berkata dalam Op Tapis Bersepadu yang dijalankan dengan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dari 10 malam tadi hingga 8 pagi hari ini, seramai 124 penagih berusia di antara 17 hingga 55 tahun ditangkap dalam 93 serbuan di seluruh Kelantan.
Beliau berkata sejumlah dadah jenis pil kuda, Eramin 5, syabu, ganja, ubat batuk, heroin serta air ketum bernilai RM15,500 turut dirampas dalam operasi itu.
Polis Kelantan akan memperhebatkan operasi di kawasan 'hotspot' di seluruh negeri ini dengan mendapatkan kerjasama Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK).
Sumber: Bernama | 25 Julai 2017

Tiada ulasan:
Catat Ulasan