Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 12 Julai 2017

LSPD bakal berubah wajah

Ibrahim Che Omar (duduk, tengah) mencuba permainan gasing ketika mengetuai program Lawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti-Universiti Awam ke LSPD, Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Warisan Lembangan Sungai Pengkalan Datu (Waspada) mem­pe­lawa pelbagai pihak supaya meng­gembleng tenaga mengkaji dan memajukan Lembangan Su­ngai Pengkalan Datu (LSPD), di sini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Che Omar berkata, LSPD yang terletak di Mukim Se­ring diakui amat berpotensi untuk dimajukan sebagai hab pelanco­ngan baharu berasaskan warisan dan alam semula jadi.

Lebih penting kata beliau, LSPD merupakan lokasi bersejarah kerana pernah menjadi kawasan penempatan terawal dan utama pada zaman kesultanan Melayu Kelantan.

“Menerusi kajian kita sebelum ini, LSPD memang boleh dimajukan sebagai hab pelancongan baharu di ne­geri ini. Lokasi ini mampu memainkan banyak peranan dalam meningkatkan sosiekonomi dan memperkenalkan budaya masyarakat.

“Namun sebelum kita pergi le­bih jauh, kita perlukan lebih banyak dokumentasi berkaitan LSPD. Kerja pertama UMK ialah menempatkan pelajar kita untuk kaji LSPD dulu, selepas itu baru kita tunjukkan tempat ini kepada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian keti­ka ditemui pemberita sewaktu me­ngetuai program Lawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti-Universiti Awam ke LSPD, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Was­pada, Mohd. Asri Husin.

Ibrahim dalam pada itu memberi­tahu, lawatan yang turut disertai rakan sejawatnya daripada pelbagai universiti lain bertujuan mempromosikan LSPD dan berkongsi inisiatif yang dilaksanakan oleh UMK serta Waspada sejak setahun lalu.

“Menerusi lawatan ini, kita berjaya mendapatkan maklum balas tetamu mengenai potensi LSPD dan bagaimana kita boleh tingkatkan usaha supaya kawasan ini benar-benar berjaya dibangunkan sebagai sebuah hab pelancongan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Kampus | 11 Julai 2017 | Terbitan 12 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan