Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 8 Julai 2017

Sektor pembinaan lebih rancak 2018

Projek pembinaan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Puchong giat dijalankan. Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan negara dijangka lebih rancak mulai tahun depan terutama­nya didorong oleh projek rel mega yang mencecah berbilion ringgit walaupun prestasi sektor berkenaan pada separuh pertama 2017 kurang memberangsangkan.

Antara projek utama tersebut termasuklah Lan­dasan Kereta Api Pantai Ti­mur (ECRL) bernilai RM55 bilion diikuti Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HSR) (RM60 bilion) dan Transit Aliran Massa 3 (MRT3) (RM50 bilion).

Penganalisis HLIB Research, Jeremy Goh berkata, pada separuh pertama tahun ini, sektor pembinaan merekodkan jumlah kontrak di peringkat domestik sebanyak RM10.7 bilion, menurun 72 peratus tahun ke tahun.

Katanya, keadaan itu disebabkan lebih banyak kontrak dikeluarkan sepanjang tahun lalu, termasuklah kerja-kerja bawah tanah untuk projek MRT 2 bernilai RM15.5 bilion, pembinaan Lebuh Raya Duta - Ulu Kelang Fasa 3 (DUKE 3) (RM3.7 bilion) dan pakej Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak (RM3.2 bilion).

“Bagaimanapun, aliran kerja kontrak akan kembali meningkat pada separuh kedua tahun ini terutama dengan pelancaran projek Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang ber­nilai RM9 bilion dan akan semakin rancak menjelang 2018.

“Berdasarkan pemeriksaan dengan beberapa kontraktor, difahamkan tender LRT 3 telah dikeluarkan dan kini sedang menjalani pro­ses penilaian. Tidak dinafikan, sumbangan projek rel mega kepada sektor pembinaan negara sama sekali tidak boleh dipandang rendah,” katanya da­lam nota kajian di sini hari ini.

Pada suku kedua 2017, menyaksikan kontrak di peringkat domestik yang dikeluarkan kepada syarikat kontraktor tersenarai berjumlah RM4.1 bilion, iaitu penurunan 39 peratus suku ke suku dan 49 peratus tahun ke tahun.

Jumlah projek yang di­­raih juga semakin ber­kurangan pada suku ber­kenaan dengan hanya satu sahaja kontrak bernilai le­bih RM500 juta untuk pembinaan dermaga bekalan asas Pelabuhan Bintulu.

Pada suku pertama tahun ini, sebanyak RM6.6 bilion projek dianugerahkan manakala RM6.8 bilion pada suku keempat 2016 disumbangkan menerusi projek MRT 2.

Sumber: Utusan Malaysia | Ekonomi | 7 Julai | Terbitan 8 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan