Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 8 Julai 2017

Taktik gunakan wakaf tepi sawah padi untuk jual dadah gagal

BESUT: Taktik tiga lelaki, dua darinya remaja menjadikan sebuah wakaf di tepi sawah padi untuk menjalan kegiatan menjual dadah akhirnya terbongkar apabila mereka diserbu pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Besut disini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi memberitahu dalam serbuan di Kampung Baruh Masin, Pasir Akar, Hulu Besut kira-kira jam 5.05 petang Khamis itu anggotanya menahan tiga lelaki berumur antara 18 hingga 47 tahun sedang menjalankan kegiatan pembungkusan dan menjual dadah di wakaf berkenaan.

Katanya, polis telah berjaya merampas 505 biji pil kuda, empat paket syabu, enam bungkusan air ketum dan tujuh biji pil erimin 5 yang dipercaya untuk diedarkan kepada penagih di sekitar kawasan berkenaan di samping pelbagai jenis alatan untuk pembungkusan dadah turut dirampas daripada saspek.

"Ketiga-tiga suspek telah melakukan kegiatan dadah secara terbuka di wakaf tepi sawah padi itu dipercayai bagi mengabui orang ramai dan awam termasuk polis tentang kegiatan mereka dengan harapan mereka sedang menjalankan kegiatan berkaitan padi," katanya kepada media di sini hari ini.

Mohd Zamri memberitahu siasatan awal terhadap ketiga-tiga suspek yang merupakan penduduk tempatan di situ, mendapati kesemua mereka mempunyai rekod lampau bersabit dengan dadah.

Ketiga suspek ditangkap di bawah Seksen 39B dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Sumber: Bernama | 8 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan