Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 13 Julai 2017

Kelantan biayai lebuh raya menerusi tabung rakyat

KOTA BHARU: Sebanyak RM3.2 juta dikumpul oleh kerajaan negeri Kelantan menerusi Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat yang diwujudkan sejak lima tahun lepas bagi membiayai pembinaan lebuh raya sepanjang 10 kilometer dari Bukit Tiu ke Berangan Mek Nab di Machang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2 juta telah dibelanjakan bagi membiayai sebahagian daripada projek tersebut setakat ini.

"Perancangan awal kita, projek berkenaan dapat disiapkan pada Mac 2018, namun selepas kontraktor yang dilantik iaitu Jambatan Kedua Construction & Consultancy Sdn Bhd menarik diri, kita terpaksa lantik kontraktor baharu.

"Tarikh siap baharu bagi lebuh raya berkenaan dijangka siap pada Oktober 2018," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) yang ingin tahu pecahan penggunaan Wang Tabung Amanah Lebuh Raya Rakyat dan kepada siapa bayarannya dibuat.

Sumber
: Bernama | 12 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan