Mohd Yusof (berdiri, kanan) bersama peniaga Pasar Tani Pengkalan Datu, hari ini. |
KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan bakal mewujudkan pasar tani pelancongan yang pertama di negeri ini yang dijangka beroperasi pada awal September ini.
Penyelaras Pasar Tani Kelantan, Mohd Yusof Sulaiman berkata, pasar tani itu yang akan dikenali sebagai pasar tani pelancongan kerana ia melibatkan aktiviti pasar tani bersama aktiviti pelancongan dan kebudayaan setempat termasuk menjemput pelancong luar negara ke situ nanti.
"Tahun ini Fama merancang membuka lima lagi pasar tani selain di Pengkalan Datu, akan diwujudkan Pasar Tani di Masjid Binjai, Kedai Buloh, Wakaf Bharu dan medan agro trak melibatkan 'food truck' dan caravan bagi menjalankan perniagaan.
"Penubuhan pasar tani ini dilakukan untuk menambah pendapat petani, selain mengembangkan rangkaian pemasaran hasil pertanian tanpa orang tengah, malah pengguna juga boleh membeli dengan harga lebih rendah," katanya, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan dan Taklimat dengan kira-kira 50 peniaga Pasar Tani Pengkalan Datu, hari ini.
Turut hadir, Ketua Cawangan Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Jabatan Perikanan Negeri, Mohd Rafi Hasan, Pengerusi Persatuan Warisan Lembangan Sungai Pengkalan Datu (Waspada), Mohd Asri Husin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Haris Husin, Timbalan Pengerusi Waspada, Sabari Ab Rashid dan Setiausahanya, Che Kasma Ibrahim.
Mohd Yusof berkata, tempat cadangan bagi pasar tani pelancongan itu berhampiran Cerana Resort Villa, Sering, Pengkalan Datu yang akan ditukar nama kepada Kota Pengkalan Datu.
Sementara itu, Mohd Rafi berkata, Jabatan Perikanan Negeri akan mengambil 10 nelayan sungai dan pantai untuk menyertai projek pasar tani pelancongan di Pengkalan Datu, sekali gus memberi peluang kepada pengguna mendapat bekalan ikan segar tanpa melibatkan orang ketiga.
"Semasa pasar tani pelancongan ini berlangsung, kami merancang untuk mengadakan pameran dan jualan ikan hiasan termasuk ikan gapi yang menjadi minat orang ramai termasuk belia di negeri ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 11 Julai 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan