Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 11 Julai 2017

Pembangunan di Kelantan sukar dilaksana

KOTA BHARU: Agenda pembangunan di negeri ini sukar dilaksana kerana gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kerajaan Kelantan pimpinan PAS, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Bagi mengubah senario itu, Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata rakyat negeri ini perlu memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) agar segala projek pembangunan dapat dilaksana lebih berkesan dan profesional.

Beliau berkata Kelantan adalah antara negeri yang mendapat peruntukan tertinggi dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan sepatutnya segala pembangunan dapat dilakukan dengan mudah serta lancar.

"Sebagai contoh, di Tanah Merah kita memperoleh peruntukan RM21 juta bagi mendirikan tiga dewan serbaguna untuk kemudahan rakyat tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan tanah.

"Amat malang sekali sekiranya peruntukan yang sudah diluluskan itu terpaksa dipulangkan semula kepada kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan di sini, hari ini. 
 
Ahmad Jazlan berkata kerajaan negeri seharusnya sedar segala pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Persekutuan di Kelantan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.
 
Sumber: Bernama | 10 Julai 2017

1 ulasan: