Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 6 Julai 2017

Remaja miliki 2,200 pil kuda ditahan


KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan bersama 2,200 biji pil kuda bernilai RM20,000 dalam satu serbuan di Kampung Batin, Kuala Terengganu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata suspek ditahan ketika sedang tidur di ruang tamu rumah milik keluarganya Isnin lepas

Katanya ketika pemeriksaan di bilik suspek, polis telah menjumpai beg plastik berwarna oren dan hitam mengandungi dadah jenis pil kuda dianggarkan bernilai RM20,000 yang mana nilai pasaran semasa satu biji bersamaan RM10.

"Kita telah mengikuti pergerakan suspek selama dua bulan dan dipercayai suspek terlibat dalam satu sindiket yang membekalkan pil kuda untuk pasaran di sekitar bandar raya Kuala Terengganu. 

"Suspek lebih dilihat berperanan sebagai 'runner' dan kita percaya ada 'tokan' yang mengurus benda tersebut. Mereka ini telah dikenal pasti identiti dan kita dalam proses mengesan dan menangkap," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati remaja lelaki itu negatif dadah dan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 10 Julai untuk siasatan lanjut.

Sumber: Bernama | 5 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan