Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 6 Julai 2017

Tinggalkan jenayah rentas sempadan

Hasanudin Hassan (kanan) meninjau batu sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubor di sini hari ini.
RANTAU PANJANG: Penduduk di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang selama ini mencari rezeki dengan cara menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang negara diminta segera meninggalkan aktiviti tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanudin Hassan berkata, tindakan tersebut bagi mengelakkan mereka berdepan tindakan tegas jika dicekup pihak berkuasa.

"Nasihat saya kepada penduduk di kawasan sempadan yang sebelum ini terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang supaya segera meninggalkannya.

"Banyak lagi sumber rezeki lain. Carilah rezeki dan kerja yang halal dan mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa meninjau kawasan sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Pengkalan Kubur sehingga ke Rantau Panjang.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad.

Dalam pada itu, Hasanudin memberitahu, pihaknya akan terus menjalinkan kerjasama dengan semua agensi penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan keselamatan negara berada pada tahap terbaik. 

Sumber: Utusan Online | 6 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan