Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 23 Julai 2017

MPJBT naik taraf jadi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

MAJLIS Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) di Johor Bahru, Johor akan dinaik taraf sebagai majlis bandar raya, pada 22 November ini.

Yang Dipertua MPJBT Adib Azhari Daud berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan akan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Menurutnya, perisytiharan berkenaan selain majlis pecah tanah bagi membina bangunan baru PBT berkenaan akan diadakan serentak di Medini di Iskandar Puteri.

“Buat masa ini, ia akan beroperasi di bangunan lama di Skudai. Kami tidak mensasarkan bagi meningkatkan kadar cukai selepas usaha menaik taraf dilaksanakan kerana ia tertakluk kepada peraturan tertentu.

“Sebaliknya, fokus kami adalah bagi meningkatkan perkhidmatan untuk masyarakat seperti kemudahan jalan dan lampu jalan, sampah selain usaha membanteras denggi menerusi gotong-royong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya dan Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim di Dewan Serbaguna MPJBT di sini, tadi.

Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kira-kira 5,000 pengunjung memeriahkan majlis berkenaan yang diadakan bermula jam 10 pagi hingga jam 3 petang.

Sumber: Harian Metro Online | 13 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan