KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan dan Kelantan perlu berkerjasama bagi menyelesaikan masalah Orang Asli secara lestari.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perkara membabitkan masyarakat itu adalah satu isu besar di Kelantan dan sering menarik minat penduduk di negeri ini.
"Saya difahamkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sering memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri untuk memberi penyelesaian lestari yang boleh memberi penyelesaian kepada Orang Asli untuk jangka masa panjang.
"Namun, setakat manakah kerajaan negeri terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah tanah dan ekonomi Orang Asli.
"Jika kerajaan negeri terbuka mengenai masalah itu, adakah kerajaan negeri sanggup untuk duduk semeja dengan kerajaan persekutuan kerana ia melibatkan kepentingan umum," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini hari ini.
Terdahulu, Ab Aziz Yusoff (BN-Galas) ingin tahu tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Kelantan dalam isu keputusan penghakiman kes tanah Orang Asli di Pos Belatim, Gua Musang.
Pada 23 April lepas, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan tanah seluas 9,300 hektar di Pos Belatim itu kekal sebagai tanah adat Orang Asli.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainal Azman Ab Aziz turut membatalkan perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri untuk membangunkan projek Ladang Rakyat seluas 1,000 hektar di kawasan berkenaan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada agensi-agensi kerajaan persekutuan dalam semua perkara dan tidak hanya setakat masalah membabitkan Orang Asli sahaja.
"(Berhubung masalah Orang Asli) tanggungjawab asas terletak di atas bahu JAKOA dan kita hanya membantu. Kita tak pernah tolak cadangan JAKOA cuma keluasan tanah (untuk penempatan dan kebun Orang Asli) tidak memberi masalah (kepada rizab orang Melayu).
"Cuma dalam hal ini ada sungutan daripada Orang Asli kepada JAKOA, jadi saya rasa JAKOA kena uruskan sebaik mungkin kerana kerajaan negeri yang kena tempias," katanya dan menambah kira-kira 2,000 hektar tanah telah diwartakan kepada masyarakat itu manakala 3,000 hektar masih dalam proses pewartaan.
Sumber: Bernama | 11 Julai 2017

Tiada ulasan:
Catat Ulasan