Beginilah keadaan jalan di Kampung Serian, Gua Musang, Kelantan yang perlu dibaiki
segera.
|
GUA MUSANG: Hampir 1,000 penduduk Kampung Serian di sini mengeluh kerana berdepan masalah jalan menuju ke kampung mereka yang rosak sejak tiga tahun lalu.
Lebih mengecewakan, kerosakan jalan sepanjang 12 kilometer bermula dari Kampung Limau Kasturi ke Kampung Serian itu dikatakan semakin kritikal selepas kejadian bah kuning pada 2014.
Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi terbabit mendapati hampir keseluruhan jalan tersebut beralun dan tidak rata selain terdapat 15 lubang besar yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal dan basikal.
Seorang penduduk, Zulkarnain Salleh, 22, berkata, walaupun rosak sejak sekian lama, pihak bertanggungjawab tidak mengambil inisiatif untuk membaiki kerosakan jalan tersebut.
Sehubungan itu katanya, penduduk terpaksa mengambil keputusan untuk membaiki sendiri jalan tersebut secara bergotong-royong.
“Kami sudah puas menunggu tindakan daripada pihak berwajib untuk membaiki kerosakan jalan di kampung ini.
“Sebelum ini kami mengambil keputusan untuk menimbus jalan berlubang itu dengan batu, pasir dan simen. Namun, keadaan itu tidak kekal lama dan kembali rosak akibat hujan lebat dan kenderaan yang sering melalui jalan ini,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 9 Julai 2017 | Terbitan 10 Julai 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan